KIBARKAN AR-ROYAH ALLAHUAKBAR!!!

Khilafah

Bantu promo blog Syabab-Uridu-Khilafah, copy code diatas dan paste kat mana-mana profile Friendster, Blog etc antum. ~Jazakallahu Khoir~

MY BLOG FOLLOWER

Sunday, August 10, 2008

Mashalih Mursalah

Mashalih al-Mursalah

Soalan I :

Ramai ustaz yang ada pada hari ini cuba membincangkan sesuatu isu dengan menggunakan salah satu kaedah yang didakwa sebagai Mashalih Mursalah, jadi apa itu Masalih Mursalah sebenarnya?

Jawapan I:

Sebelum menjawab apakah Masalih Mursalah ingin saya definisikan terlebih dahulu dengan makna mashalih itu dahulu. Mashalih mursalah secara etimologis berasal dari dua lafaz Mashalih dan Mursalah. Mashalih merupakan bentuk plural dari lafaz Maslahah. Dalam bahasa Arab, Mashlahah berkonotasi (mengusahakan kemanfaatan) dan daf’ul mafasid (mencegah kerusakan).[1]

Masalih ini kemudian dibahagikan diketagori oleh ulamak ushul[2] kepada 3;

1) Mashalih Muktabarah – iaitu masalih yang diakui oleh syarak yang ada ada kaitan dengan hukum-hakam syarak seperti untuk menjaga agama, nyawa, akal, kehormatan dan harta (menjaga negara, keamanan dan nasab keturunan, penyunting). Pensyariatan jihad untuk menjaga agama, qisas untuk menjaga nyawa, hudud arak untuk menjadi akal, hudud zina dan qazaf untuk menjaga kehormatan, dan hudud sirqah untuk menjaga harta.

2) Mashalih Mulghah – iaitu masalih yang diingkari oleh syarak (ilgha). Kalau masalih muktabarah ianya diakui oleh syarak, tetapi masalih mughah ini adalah sebaliknya ianya tidak diiktiraf oleh syarak.

Sebagai contohnya; Adanya kemashlahatan untuk menyamakan harta perwarisan di antara anak lelaki dan perempuan, syara' tidak mengakuinya sebagaimana firman Allah (4:11)

“Allah mewasiatkan kepada kamu kepada anak lelaki bahagiannya adalah bahagian dua anak perempuan”

Contoh maslahah yang lain adalah pemakan riba yang menambah kekayaan dari wang riba, maka syariat telah mengingkari berdasarkan nas keharaman riba

Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.(2:275)

Maka tidak layak untuk menjadikan mu’amalat riba ini sebagai satu cara untuk perlaburan harta dan penambahannya. Contoh yang lain adalah tidak ikut serta dalam peperangan jihad kerana ingin menjaga dirinya dari kemalangan dan kebinasaan...sedangkan syara' telah mengingkari hal sebegini[3]

3) Mashalih Mursalah - kemaslahatan-­kemaslahatan yang terlepas dari dalil (tidak ada dalil mengakui dan menolaknya) : adalah kemasalahatan-kemaslahatan yang tidak disebut oleh nas syarak secara khusus ataupun disebut terhadap yang sejenisnya, tetapi nash-nash syarak secara umum menujukkan adanya kemaslahatan, kerana syarak datang untuk mendatangkan kemaslahatan dan menyingkirkan kerosakan. Dan inilah yang dijadikan dalil ketika tidak ditemukan dalil secara khusus menghukumi suatu permasalahan. Hanya saja ulama yang mengambil Mashalih al-Mursalah sebagai dalil, membatasi pada maslahat yang sesuai dengan Maqasid syar’ie [ tujuan-tujuan syara' ] sahaja. Seperti perkataan al-Khawarizmi :

"Yang dimaksud dengan maslahat adalah memelihara tujuan syara' iaitu menyingkirkan kerosakan dari makhluk".[4]

[1] Irsyad Al-Fuhul, Asyawkani, ms 404, Ibnu Qudamah Rawdhah, ms 148.

[2] Ibnu Qudamah, Rawdhah, ms 149; Al-Amidi, al-Ihkam, IV : 160, Abdullah Al-Wadhih, ms 150-152; Hafidh, aysir, ms 305-306.

[3] Wajiz fi usul Fiqh, Abd Karim Zaidan, ms 237

[4] Irsyah Al-Fuhul, As-Syawkani ms 404

Soalan II :

Bolehkah Mashalih Mursalah digunakan untuk perbuatan ibadat (solat, puasa, zakat, haji dll, ibadat mahda)?

Jawapan:

Tidak ada khilaf di kalangan ulama' bahawa dalam hal ibadat tidak boleh digunakan mashalih mursalah dan pendapat, dan menambah dalam hal ini (ibadat) adalah mereka dalam urusan agama, bida’ah ini tercela, setiap bida’ah adalah sesat, setiap kesesatan dan ahlinya adalah dalam neraka.[1]

[1] Wajiiz fi usul fiqh, Abd Karim Zaidan, ms 237

No comments:

PERJUANGAN ITU