KIBARKAN AR-ROYAH ALLAHUAKBAR!!!

Khilafah

Bantu promo blog Syabab-Uridu-Khilafah, copy code diatas dan paste kat mana-mana profile Friendster, Blog etc antum. ~Jazakallahu Khoir~

MY BLOG FOLLOWER

Monday, December 6, 2010

HIJRAH: PERJUANGAN DI ZAMAN RASULULLAH VS ZAMAN HARI INI




Pejam celik, pejam celik ibadah haji dah berlalu, ummi, walid, sanak saudara dan jiran tetangga kita yang menunaikan fardhu haji telah ada yang selamat sampai ke tanah air, begitu cepat dan pantasnya masa berlalu meninggalkan kita semua. Sehinggakan langsung tak terasa, 1 Hijrah 1432 pula yang akan datang menjemput kita hari nih. Bermulalah lagu-lagu muharam berkumandang di stesyen radio dan televesyen, “satu muharram detik permulaan dot dot.....”

Tapi persoalannya apakah hijrah itu hanya ditandai dengan perarakan, dengan doa awal tahun juga akhir tahun yang mensyahdukan, dengan wujudnya tokoh-tokoh hijrah yang di lantik khas pada setiap tahun, juga dendangan-dendangan lagu peringatan?

Berita harian 3.Disember.2010 ada mengeluarkan artikel berkenaan Hijrah, namun penulis amat tertarik sekali untuk mengeluarkan 3 perenggan terakhir artikel tersebut

“1. Peristiwa hijrah yang menjadi asas kepada takwim Islam perlu dikaji dan direnungi umat manusia dewasa ini kerana dalam membina dan menyusun umat manusia dengan berpaksikan nilai Ilahi yang berteraskan kebenaran melalui roh keadilan, halangan yang besar sudah pasti menjadi lumrah.

2. Peristiwa hijrah mengajar kita erti pengorbanan. Kejayaan umat Islam Makkah (muhajirin) yang terpaksa berhijrah demi untuk menegak keadilan Ilahi dan seterusnya usaha muafakat membangun Islam dengan kaum Ansar di Madinah menjadi satu pengajaran yang penuh erti.

3. Peristiwa hijrah adalah tindakan strategik untuk membangun Islam secara komprehensif. Bagi Islam, setiap masa berlalu perlu untuk menilai kepada usaha silam dan mengatur langkah menempuh masa depan.”(Ketua Pengarah institute Kefahaman Islam)

Itulah nilai-nilai hijrah dan pengajaran-pengajaran yang boleh kita ambil dari sebuah peristiwa bersejarah tersebut. Namun apakah hijrah hanya dimaknai dengan nilai-nilai tersebut. Mari kita bahaskan dengan lebih lanjut.

Permasalahan yang timbul.

Walaupun pada setiap tahun, kita di negeri (wilayah) ini sentiasa mengambil nilai-nilai dan pengajaran-pengajaran daripada peristiwa hijrah seperti di atas, namun mengapakah masih ada lagi kerosakan berlaku di mana-mana.

Ingin sekali penulis berkongsikan sebuah persamaan fakta peradaban sebelum peristiwa Hijrah baginda berlangsung dan kerosakan-kerosakan peradaban saat hari ini. Di mana masyarakat Arab sebelum Rasulullah saw. hijrah dikenali dengan masyarakat Jahiliah. Hal ini kita boleh lihat dari sebahagian aspek seperti di bawah

Perkara

Zaman sebelum Hijrah

Zaman hari ini

Akidah

Akidah masyarakat Arab saat itu penuh dengan kemusyrikan. Memang, kebanyakan orang-orang Arab saat itu berkeyakinan bahwa Allah adalah Pencipta segala sesuatu, sebagaimana hal itu digambarkan al-Quran surah al Luqman. Namun, yang menyedihkan, mereka secara amalinya membuat berbagai perantara untuk menyembah Allah. Seperti mana kita ketahui, mereka namakan perantara-perantara tersebut dengan al latta, al uzza, hubal dan pelbagai lagi.

Akidah ummat islam hari ini, juga berkeyakinan bahawa Allah adalah pencipta segala sesuatu. Namun sayangnya dipaterikan pula dengan pemikiran-pemikiran berbentuk khurafat, bid’ah, berhukum dengan hukum thaghut, malah sanggup menyamatarafkan diri dengan kehebatan juga keagungan Allah, dengan membuat hukum @ menjadi musyari’e. Sedangkan hak membuat hukum hanya Allah, ketakutan kepada hamba (duit, masa, manusia, bos, arahan atasan) lebih tinggi daripada ketakutan pada Allah.

Sosial

Kehidupan sosial Makkah saat itu dicirikan dengan kehancuran moral yang sangat luar biasa. Rata-rata dari mereka adalah peminum arak, tukang mabuk. Pelacuran dan perzinaan di Jazirah Arab saat itu adalah hal biasa. Pencurian, kekejaman dan kebiadaban bangsa Arab saat itu bahkan sampai melampau batas kemanusiaan. Anak-anak perempuan yang baru lahir dibenamkan hidup-hidup ke dalam tanah, sebagaimana hal ini pun digambarkan dalam al-Quran (Lihat: QS at-Takwir: 8-9).

Kehidupan social saat hari ini pula lebih teruk keruntuhan moral yang lebih luar biasa. Para pemuda dan pemudi islam tanpa segan silu minum arak ditempat terbuka mahupun tertutup, mereka yang menghadirkan diri ke kelab-kelab malam lebih ramai muslim dari non-muslim. Pergaulan bebas, penizaan dan pelacuran boleh didapatkan di mana-mana. Baik di sekolah rendah mahupun diperingkat dewasa. Ditambah lagi dengan kemudahan prasarana seperti ‘sekolah harapan’,‘baby hatch’ dan berbagai lagi. Pencurian perompakan pembunuhan berlaku tanpa mengira tempat dan manusia. Bukan sahaja ana perempuan di bunuh, malah anak-anak lelaki juga menjadi mangsa pembuangan bayi. Dan pelbagai lagi kerosakan melanda.

Ekonomi

Di bidang ekonomi bangsa Arab sebelum Rasulullah saw. adalah kebanyakan berdagang / berniaga. Bisnes yang mereka lakukan saat itu sangat kental dengan riba. Bahkan pinjaman dengan cara riba yang berlipat ganda (riba fadl) telah menjadi tradisi mereka sehingga tidak ada seorang pun yang mengingkarinya

Riba masih di amalkan, malah lebih menyedihkan perkhidmatan riba’ ini di tukar namanya dengan perkhidmatan yang lebih mulia, seperti, kos perkhidmatan, dan nama-nama lain. Perniagaan yang menjalankan aktiviti komisyen atas komisyen. Aktiviti pelaburan yang mengilirukan akad. Orang kaya bertambah kaya, orang miskin bertambah-tambah. Dan pelbagai lagi.

Kerana itu sebagian ulama dan cendekiawan islam, menamakan hari ini sebagai sebuah zaman keterpurukan yang sangat jatuh daripada zaman keagungan islam mahupun zaman sebelum hijrah itu sendiri. Kerana peristiwa kerosakan hari ini jauh lebih teruk dan dahsyat daripada peristiwa yang berlangsung sebelum peristiwa Hijrah baginda Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itu amat penting sekali kita memahami erti sebenar Hijrah dan meluruskan semula makna Hijrah untuk sebuah peradaban yang lebih baik di hari mendatang.

Meluruskan makna Hijrah.

Hijrah secara bahasa berasal dari kata hajara yang bererti berpindah dari suatu tempat ke tempat lain, dari suatu keadaan ke keadaan yang lain (Ash-Shihhah fi al-Lughah, II/243, Lisan al-‘Arab, V/250; Al-Qamus Al-Muhith, I/637). Para fukaha mendefinisikan hijrah sebagai: keluar dari darul kufur menuju Darul Islam (An-Nabhani, Asy-Syakhsiyyah al-Islâmiyyah, II/276). Darul Islam adalah suatu wilayah (negara) yang menerapkan syariah Islam secara total dalam segala aspek kehidupan dan keamanannya secara penuh berada di tangan kaum Muslim. Sebaliknya, darul kufur adalah wilayah (negara) yang tidak menerapkan syariah Islam dan keamanannya tidak di tangan kaum Muslim, sekalipun majoriti penduduknya beragama Islam. Definisi hijrah semacam ini diambil dari fakta hijrah Nabi saw. sendiri dari Makkah (yang saat itu merupakan darul kufur) ke Madinah (yang kemudian menjadi Darul Islam). Dalil dari firman Allah,


“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata, ‘Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?’ Mereka menjawab, ‘Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi’. Malaikat bertanya lagi, ‘Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?’ Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” [TMQ an-Nisa’ (4):97-99].

Tidak dapat di nafikan mungkin ada yang menyatakan kepada kita bahawa hokum hijrah itu telah pun tamat, maka penulis ingin sekali membawakan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Aisyah, apabila beliau ditanya mengenai hijrah, beliau berkata,

“Hari ini tidak ada lagi hijrah. Orang Mukmin sememangnya pernah berhijrah untuk melindungi agamanya menuju kepada Allah dan RasulNya, kerana takutkan fitnah (ujian). Adapun ketika ini, Allah benar-benar telah memenangkan Islam, di mana orang mukmin boleh menyembah Tuhannya dengan senang hati.”


Ini adalah antara hadis yang menerangkan bahawa hijrah orang Islam adalah (berlaku) sebelum terjadinya peristiwa pembebasan untuk menyelamatkan agamanya kerana takutkan fitnah, dan kemudiannya dinafikan (tidak adanya hijrah) setelah terjadinya peristiwa pembebasan tersebut, kerana orang Islam telah menjadi berkemampuan untuk menzahirkan agamanya dan melaksanakan hukum-hukum Islam. Oleh itu, ‘pembebasan’ (futhul) yang membawa akibat kepada semua perkara di atas tadi merupakan illat penafian hijrah, dan bukan hanya ‘pembebasan Mekah’ sahaja. Oleh yang demikian, yang dimaksudkan dengan hadis di atas adalah tidak ada hijrah setelah terjadinya pembebasan (yakni) tidak berlaku penghijrahan dari suatu negeri yang telah dibebaskan (dibuka).

Adapun mengenai sabda Rasulullah SAW kepada Sufyan bahawa hijrah telah berakhir (hijrah dari Mekah selepas ia ditakluki), ia bermakud bahawa apabila sesebuah negeri telah dibebaskan (fath), maka negeri tersebut telah (bertukar) menjadi darul Islam, maka negeri kaum kuffar dan darul kufur tadi sudah tidak ada lagi. Oleh itu, tidak ada lagi hijrah. Demikianlah halnya dengan tiap-tiap negeri yang telah dibebaskan, maka tidak ada lagi hijrah dari sana kerana ia telah (bertukar) menjadi darul Islam. Ini dikuatkan lagi oleh hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad melalui Mu’awiyah, ia berkata,

“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hijrah tidak akan berakhir selama taubat masih lagi diterima, dan taubat masih terus diterima sehingga matahari terbit dari Barat.”

Ahmad juga telah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda,

“Hijrah itu tidak akan berakhir, selama masih lagi ada jihad.”

Dalam riwayat yang lain,

“Hijrah itu tidak akan berakhir, selama orang kafir masih lagi wajib diperangi.”

Kesemua hadis ini menunjukkan pengertian bahawa hijrah dari negeri kufur ke negeri Islam adalah kekal dan hukumnya masih lagi berjalan.













Persoalannya

Lalu bagaimana kita mengamalkan kembali hijrah pada saat ini?, sejak keruntuhan Daulah Islamiyah yang terakhir (Khilafah Utsmaniyah) pada 3 Mac tahun 1924 yang dikepalai oleh Mustafa Kemal at-taturk, saat ini tak ada satu pun negeri di seluruh dunia yang menerapkan sistem Islam atau menerapkan syariah Islam secara total dalam sebuah institusi bernegara. Dengan kata lain, saat ini tak ada Negara yang namanya Darul Islam, kerana seluruhnya adalah darul kufur, termasuk negeri-negeri Islam. Sebab, meski majoriti penduduk di negeri-negeri Islam adalah Muslim, negeri-negeri tersebut tidak menerapkan syariah Islam (kecuali sebagian kecil) dan kekuasaannya pun secara real tidak di tangan kaum Muslim. Ya tidak di nafikan, kita masih mempunyai nilai-nilai islam, yang bertebiaran namun tetap secara praktikalnya Islam tidak dapat dilaksanakan secara total dimanapun kita berpijak.

Jika demikian, tentu menjadi kewajiban seluruh umat Islam untuk mewujudkan Darul Islam itu, iaini mewujud Daulah Islam atau Khilafah Islam. Hanya dengan mewujudkan kembali Daulah Islamiyah atau Khilafah Islamlah pengamalan kembali makna hijrah bisa dilaksanakan. Jika tidak, umat Islam, sebagaimana saat ini, tentu tak akan pernah dapat terlepas dari kungkungan ideologi dan sistem Jahiliah-yang saat ini dipersembahkan oleh Kapitalisma-sekular mahupun Sosialisma-komunis-yang justru wajib ditinggalkan, untuk segera menuju kehidupan masyarakat baru yang hanya diatur oleh ideologi dan sistem Islam. Itulah makna hijrah sebenar yang perlu kita sama-sama laksanakan dan perjuangkan.

Penyelesaian hakiki

Kerana itu, saat ini sebenarnya kaum Muslim, bahkan dunia, sangat-sangat memerlukan peradaban baru, iaini tatanan yang dibangun berdasarkan ideologi dan sistem Islam. Saat ini kita semua perlu membentuk kembali Daulah Islamiyah atau Khilafah Islam, yang akan mampu mewujudkan kembali masyarakat Islam, sebagaimana masyarakat yang dibangun Baginda Nabi saw. pasca Hijrah. Khilafah pula yang akan mengantarkan umat ini meraih kembali kemuliaan dan kejayaannya, sebagaimana pada masa lalu. Khilafah pula yang akan menjadikan dunia ini bisa hidup dalam keamanan, kedamaian, kemakmuran, keadailan, kesejahteraan dan keberkahan.

Jelas, setelah ideologi Sosialisme-komunis runtuh, dan ideologi Kapitalisme yang mendominasi dunia saat ini terbukti rapuh-beberapa kali mengalami upacara tampal sulam akibat dari kegagalan mereka mengatur kehidupan, selain menciptakan berbagai malapetaka kemanusiaan dan gagal mewujudkan sebuah peradaban dunia yang agung dan mulia-maka selayaknya dunia berharap hanya pada ideologi dan sistem Islam, yang diterapkan oleh institusi Khilafah Islam. Khilafah Islamlah yang akan menerapkan syariah Islam secara total dalam seluruh aspek kehidupan sekaligus menyebarluaskan hidayah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad. Benarlah sabda Baginda Nabi saw. yang memberikan khabar gembira kepada kita hakikat ini:

إِنَّ اللهَ زَوَى لِي الْأَرْضَ فَرَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَإِنَّ أُمَّتِي سَيَبْلُغُ مُلْكُهَا مَا زُوِيَ لِي مِنْهَا

Sungguh, Allah telah memperlihatkan kepadaku bumi ini, lalu aku melihat bagian timur dan baratnya. Sungguh, kerajaan umatku akan mencapai seluruh bagian bumi yang telah ditampakkan kepadaku itu (HR Muslim).

Oleh itu, marilah kita segera berhijrah: dari sistem Jahiliah saat ini kepada sistem Islam. Caranya adalah dengan menegakkan kembali Daulah Islamiyah atau Khilafah Islam. Hanya dengan itulah makna hijrah secara hakiki bisa kita amalkan dan raih bersama. Dan dengannya pasti sebuah peradaban baru yang di janjikan oleh Allah dan Rasulnya, sebuah peradaban yang unggul yang sesuai dengan method kenabian untuk yang keduakalinya dapat kita sama-sama rasakan hidup di dalamnya dengan keharmonian, kedaulatan, juga keberkahan. Insya’allah hanya faktor masa. Wallahu a’lam.

4 comments:

umi hanif said...

sangat bermamfaat sekali tulisannya..

"Hamba allah swt yg lemah" said...

NICE BLOG :)

http://indahnya-mimpi-ini.blogspot.com/

http://student-zaman-skarang.blogspot.com/

http://why-should-love.blogspot.com/

Bersama Dakwah Islam said...

Assalamu'alaikum

salam ukhuwah wahai saudaraku, Syukron jazakallah khoiron katsiron telah berbagi ilmu yang bermanfaat.

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

PERJUANGAN ITU